Satu program lawatan dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan miskin Yayasan Nurul Iman, Kampong Manjoi, Ipoh, Perak Darul Ridzuan telah di adakan oleh BAKIT HELWA Ibu Pejabat dengan kerjasama BAKIT Negeri Perak. Aktiviti mulia ini di hadiri oleh Pengurus Besar TM Perak, Mohd Ali Nordin bersama sama Dr Faridah Maarof selaku Ketua Bakit Helwa serta beberapa muslimin dan muslimah BAKIT negeri dan pusat.
Antara pengisian program tersebut adalah tazkirah motivasai yang di sampaikan oleh Ustaz Yasuruddin yang juga merupakan seorang penceramah bebas terkenal di Perak. Solat Zohor berjemaah telah didirikan di penghujung program tersebut. Sesungguhnya program semulia ini telah mengukirkan senyuman kepada setiap hadirin terutama anak-anak yatim pada hari tersebut.