Alhamdulillah Asrama Baitul Ummah telah mengadakan Majlis Sambutan Maal Hijrah seperti berikut:
Tarikh : 17 Februari 2007 (Sabtu)
Waktu : 8pm - 10pm
Tempat : Asrama Baitul Ummah, NO 33 JALAN 3D/6, TAMAN SETAPAK INDAH, 53300 KUALA LUMPUR
BAKIT telah menyampaikan sumbangan zakat sebanyak RM1000 kepada Asrama Baitul Ummah pada majlis tersebut. BAKIT diwakili oleh Pn Zaharah Osman (Ketua Biro Kebajikan Helwa), En Zulkafli Othman (BAKIT KL) dan Tn Hj Abu Hassan Abd Rashid ke majlis tersebut. Antara aktiviti pada malam tersebut adalah ceramah agama oleh Ustaz Sobri Ghani, persembahan oleh anak-anak yatim Baitul Ummah, solat Isyak berjemaah dan jamuan makan.