SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL KUMPULAN TM
SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL KUMPULAN TM UNTUK PERSEDIAAN PERSEKOLAHAN TAHUN 2007
Alhamdulillah pada hari Jumaat, 8 Disember 2006 bersamaan 17 Zulkaedah 1427H yang lalu Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia ( BAKIT ) Pusat dengan kerjasama Lajnah Muslimah / Helwa telah menyampaikan sumbangan beg sekolah dan wang tunai berjumlah RM4,930.00 kepada lima puluh dua (52) orang anak-anak yatim dan dua puluh empat ( 24 ) orang ibu-ibu tunggal anggota Kumpulan TM di Ibu Pejabat dan sekitar Kawasan Lembah Klang. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Tn. Hj. Mustopha Ahmed, Pengurus Besar Perniagaan TM Negeri Kelantan merangkap Yang DiPertua BAKIT Pusat. Turut hadir Dr. Faridah Maarof, Ketua Lajnah Muslimah / Helwa BAKIT Pusat.
Semoga dengan sumbangan ini akan dapat meringankan lagi bebanan ibu-ibu tunggal anggota Kumpulan TM untuk persediaan persekolahan anak-anak mereka dan mencerikan anak-anak yatim Kumpulan TM menjelang persekolahan tahun 2007 nanti.
BAKIT juga mengalu-alukan mana-mana pihak untuk memberikan maklumat mengenai anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal dalam Kumpulan TM ( Mengikut Negeri / Kawasan masing-masing ) untuk diberi bantuan yang sewajarnya mengikut kemampuan seadanya, insya Allah.
Sekian. Terima kasih.
Sumbangan Oleh:
MOHD LAZIM BIN MOHD YASSIN
Setiausaha Agung
BAKIT Pusat
10 Disember 2006
bersamaan 19 Zulkaedah 1427H
note: untuk mendapatkan gambar saiz sebenar sila berhubung dengan kay atau zanisa.